merupakan tema paling popular dalam modifikasi kenderaan kompak di Malaysia. Kenapa ianya begitu diminati? Mungkin kerana ke cute-an dan juga lemah gemalai warna pink yang sering digunakan.
Sebagai menyolong sahabat saya yang telah membangunkan sebuah kancil l5 moderno bertemakan hello kiti, saya akan memberi penghormatan blog saya yang pertama di tujukan kepada semua peminat hello kiti di Malaysia.
Kancil Pink ini menggunakan nadi enjin L5 dari siri JBJL..enjin orang kaya ni hahahaha..turbo pula memang gila kuasa dan kurang ajar Rhf 5...tapi menurut sumber yang boleh dipercayai..latest turbo yang digunakan adalah RHF4bontot l5 yang memang siukkkkkk dan ngam untuk enjin16valve yang mahal ni. Barang biasa yang lain blow off SQV dan dengar cerita suda pasang intercooler front mount!!!
Luaran
Hello kiti Pink ini telah disembuar denggan kemasan Pink Pearl yang telah dilakukan di Kampung Benoni Papar..hehehe saya dengar nak tukar color lagi kiti ni. Keselurahan bodykit luaran menyalin bodykit ori JDM (Japanese Domestic Market) Mira L5 Moderno..kecuali lampu belakang tu hehehe. Di bahagian bumbung pula telah dirogol oleh bumbung bulan yang amat terkenal diseluruh Borneo ini.Pada ketika ini Kiti pink ini menggunakan rim 14inci dari Madshark..tayar lupa pula nak tengok saiz.
Dalaman
Biasa la...kalau suda main L5..apa lagi masuk le barang L5 juga..bermula dari dasbod yang telah direfurbish semula..sehingga la seat l5 yang dibungkus dengan PVC putih..Semasa Autoshow Likasboy sering meminjam TOYS kepunyaan anak perempuanya untuk hiasan..kekekekek. Kalau kita terjah sound sistem kereta ni..biasa saja bah...harap woofer 12 inci dan player Kenwood Double din yang mahal serta Monitor portable yang boleh main DVD dibeli ori dari Jepun tu saja..ala bukan sampai rm10k pun..cuma rm9999 saja hehehe.
Bengkel Yang Bertanggungjawab
Diri sendiri dan Smallcarlife, Sabomec Garage
No comments:
Post a Comment